Alololo. comey comey

Monday 12 March 2012

OllamaKKKK !!


Setahun berlalu kejadian Tsunami di Jepun. Kucing-kucing di pulau ini dilaporkanselamat.

Semalam di TV3 ada disiarkan cerita berkenaan dengan Program Meow iaitu misi menyelamatkan kucing2 di pulau ini dan setakat ini 1 Juta Yen berjaya diperolehi..meow

Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini . Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat. Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya.

Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan industri pelancongan.

Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah.

Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami

No comments:

Post a Comment